Rabu, 27 Oktober 2010

Kenapa Pak Pandir?

Hallo.. hallo... entri ke berapa ni? Adoi, udah aku bilang kan? Kalau aku merenyam nak update blog ni, kome jangan cakap ape la ye? Ok, dalam banyak-banyak orang yang bodoh kat dunia ni kenapa Pak Pandir selalu dikatakan paling pandai bodoh lagi bangang? Kenapa? Ok, aku listkan untuk korang ciri-ciri Pak Pandir. Antaranya :

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik
* bunuh nyamuk pastu suapkan cicak dengan nyamuk mampus tuh.

Ok, dah jelas kenapa Pak Pandir dikatakan bodoh bin bangang bin bebal? Kalau dah jelas, bagus!

Penulis&Menulis

Aku bukan penulis yang baik. Bila aku rasa nak update aku update. Bila tak nak aku biarkan blog ni. Ishh, bila la nak berubah ni? Takde ar peluang aku nak kaya macam Red Mummy tu. Berangan siang hari boleh la kot aku ni. Akhirnya azam yang aku buat masa buat blog ni tinggal kenangan. Ish..ish..ish..

Tapi bila nak update, kalau rajin ade je modal aku nak mengarut kat sini. Nasib la sapa yang baca blog ni. Sian korang.

Tuan Puteri dan Cendawan Ajaib

Cerita adik aku kepada akaknya yang nerd yakni aku.

Adik : Akak nak dengar cerita?
Akak : Cerita ape bai?
Adik : Cerita pasal cendawan. Nak dengar tak?
Akak : Cendawan?? Cerita la.
Adik : Citenya macam nie. Zaman dulu-dulu ada sorang lelaki tersesat dalam hutan. Pastu dia termasuk kawasan larangan puteri bunian. Mana-mana manusia yang dijumpai akan disorokkan buat selamanya. Lelaki tu ingat takda sape so dia tumpang mandi. Tetibe puteri datang....

Akak : Pastu? Laki tu kena sorok ke?

Adik : Tak. Lelaki tu sembunyi dalam lumpur. Tapi.. dia punya anu tu tak leh nak cover so dia biar jek tercacak. Tuan puteri datang sentuh pastu berkata : "Sungguh ajaib cendawan ini. Belum pernah beta lihat".

Esoknya, lapan orang kawan lelaki tu ikut serta. Tuan puteri yang datang bersiram berkata kepada dayangnya : " Lihat! kan beta dah beritahu cendawan ini memang ajaib. Dayang! Kerat semua cendawan ini. Beta mahu persembahkan kepada raja". Lelaki-lelaki : GULPP!!!

Itulah kisah tuan puteri dan cendawan ajaib.

Akak : Ooooo... Ok!

Kesimpulannya : Nerd tak akak tu? Baik gilak.. Sila percaya ya?