Khamis, 23 September 2010

Nape menulis?

Hari ini aku tergerak untuk menulis di dalam blog yang aku reka suka-suka pada awalnya. Melihat sahabat lain ada blog, aku kepingin jua. Lantas aku terjun dalam salah satu medium alam maya ini. Memang aku tak sehebat mereka di luar sana.. BE, Nuffnang segala memang menjadi perhatian mereka. Aku?? Aku sekadar ingin menulis. Aku tak tahu sangat macam mereka sebenarnya. Jadi, lebih baik aku diam daripada bersuara.

Nak register nuffnang sebenarnya tapi banyak sangat benda yang aku nak kena godek so malas.. So kesimpulannya? Nuffnang tak bagi income kat aku. huhu.. Last-last aku register nuffnang pun, aku biarkan jek.. Sekarang nie nak menulis ikut suka hati aku. Yeaahhhh!!

Blog dan Aku..

Aku buat blog nie serasanya telah lama. Cuma aku xtau apa yang aku nak tulis dalam nie sebenarnya. Menerima hakikat hidup ini kompleks, aku sedar tak semua yang kita mahukan jadi kenyataan. Tak semua orang nak dengar apa impian kita, mimpi-mimpi kita dan segala yang berlaku dalam hidup kita. Lagipun, sapalah kita nak memaksa orang lain mendengar luahan hati kita.

Tambahan pulak kalau si empunya cerita tu sekadar pemilik blog picisan seperti aku. Mana mungkin kisah hidup aku bisa menarik perhatian si pembaca di luar sana. Kekadang terasa hidup nie macam putaran roda. Hari ini mungkin engkau gembira, esok segalanya mungkin untuk kau berduka. Platform terbaik untuk bercerita? Blog lah salah satu darinya. Maka terimalah hasil penulisan aku ini seadanya. Aku tak mengharapkan ada yang membaca sebenarnya.

Medium tempat aku bersuara. Kau bagaimana?