Khamis, 23 September 2010

Blog dan Aku..

Aku buat blog nie serasanya telah lama. Cuma aku xtau apa yang aku nak tulis dalam nie sebenarnya. Menerima hakikat hidup ini kompleks, aku sedar tak semua yang kita mahukan jadi kenyataan. Tak semua orang nak dengar apa impian kita, mimpi-mimpi kita dan segala yang berlaku dalam hidup kita. Lagipun, sapalah kita nak memaksa orang lain mendengar luahan hati kita.

Tambahan pulak kalau si empunya cerita tu sekadar pemilik blog picisan seperti aku. Mana mungkin kisah hidup aku bisa menarik perhatian si pembaca di luar sana. Kekadang terasa hidup nie macam putaran roda. Hari ini mungkin engkau gembira, esok segalanya mungkin untuk kau berduka. Platform terbaik untuk bercerita? Blog lah salah satu darinya. Maka terimalah hasil penulisan aku ini seadanya. Aku tak mengharapkan ada yang membaca sebenarnya.

Medium tempat aku bersuara. Kau bagaimana?

Tiada ulasan: